Wednesday, March 30, 2011

Baba, I Miss You.


Salam. Hmm.. Tiba2 je malam ni rasa sedih. Tetiba teringat kat arwah Baba. Aku panggil bapak aku Baba. Ada orang pelik dengan panggilan tu. Pelik ke?

02.04.2011 ni genaplah umur aku 21 tahun. Maknanya, dah lebih kurang 17 tahun dah baba pegi. 4 tahun je dapat hidup dengan baba. Ya, 4 tahun. Apa sangatlah yang aku dapat ingat time umur macam tu ye dak?

Sampai sekarang kalau pergi taman permainan, bila tengok budak2 kecik main dengan abah dorang, rase jeles sangat. Sumpah jeles! Untungnya. Main buai, abah tolak tinggi-tinggi dan stop tolak bila anak dia jerit takut. Pegang tali buai, dukung anak tenangkan dia. Wow. Macam nak pecah dada tahan cemburu. Untungnya dia ada seorang abah.

Kalau lepak dengan mak time dia lipat kain, mesti mak akan flashback cerita dulu-dulu. Mak cakap,

"Dulu kalau jalan-jalan, Baba mesti letak kau kat atas bahu dia. Bangga betul dia dukung kau macam tu. Hero Baba katanya."


Tergelak aku dengar. Betul ke? Tapi.... kenapa aku tak ingat? Kenapa?! Aku nak memori tu boleh tak? Maafkan aku tuhan jika melampau dengan permintaan ini, tapi sebagai manusia biasa, aku kalah dengan emosi. Maafkan aku tuhan.

Aku memang manja gila dengan baba. Mak cakap, kalau balik kerja, orang pertama yang Baba cari mesti aku. Kata maklah. Baba suka bermain-main dengan aku. Mungkin sebab rambut aku kerinting pastu jalan terkedek-kedek kot. Entahlah. Mana aku ingat. Aku tak ada memori tu. Subhanallah.

Aku nak jugak panggil "Baba". Aku nak jugak tunjuk kat kawan2 yang aku ada seorang abah. Aku nak jugak Baba datang Hari Terbuka sekolah. Aku nak jugak tanya Baba macam mana nak mengayat awek. Hal-hal lelaki. Aku nak jugak bercerita macam-macam sambil urut badan Baba.

Tapi...

Aku tak boleh. Tak boleh sebab aku tak ada. Memang tak ada. Baba dah tak ada. Allahu. Astaghfirullah. Allahu. Sekali lagi, maafkan aku tuhan.

Tahu hari apa yang paling perit? Tahu laungan apa yang paling merobek jiwa? Tahu lenggok takbir mana paling buat bibir menggigil tahan air mata untuk dilafaz?

takbir raya



Bila malam raya, laungan bergema kat tv, aku akan terus masuk bilik. Kunci. Sesiapapun aku tak bagi masuk. Aku duduk di sudut bilik. Tutup lampu. Perlahan-lahan aku ucap takbir. Bibir menggigil. Mata memberat. Ya, aku menangis. Rindu. Rindu Baba. Allahu.

Pernah satu malam, aku bermimpi. Suasananya lengang. Putih berseri; lantai dan langit putih tanpa dinding. Luas, seluas-luasnya. Udaranya nyaman. Fikiran sangat tenang. Bila aku tengok depan, aku ternampak seorang lelaki sedang berdiri. Dia pandang aku dengan senyuman. Aku tak kenal lelaki tu. Tapi naluri aku meronta. Kuat! Kuat naluri menyatakan bahawa itulah Baba!

Aku jalan ke depan dan terus peluk dia erat! Seerat-eratnya. Menangis semahunya. Rindu. Rinduu! Peluk lagi. Aku tak nak lepaskan. Aku pandang wajahnya. Dia senyum saja. Bersih rautnya.  Aku peluk lagi. Itulah mimpi paling real pernah aku alami. Terima kasih tuhan. Terima kasih.

Tiba-tiba, arwah nenek aku mendekat, mintak aku lepaskan Baba. Aku taknak, tapi harus akur. Aku lepaskan. Tapi, sebaik aku leraikan pelukan, aku terus terjaga dari mimpi. Terkebil-kebil dengan tubir mata yang basah.

Dan, itulah last aku mimpikan Baba.

Aku tak punya banyak kenangan dengan Baba. Aku kecik sangat masa dia pergi. Minum pun susu formula pesen sel-sel otak tak berhubung. Cuma beberapa scene je yang aku ingat. Antaranya, ada satu malam, aku tinggal berdua je dengan dia. Aku pimpin dia untuk duduk kat kerusi. Sebelah kerusi ada gitar. Sebaik duduk, dia capai gitar. Aku duduk bersila kat bawah konon nak tengok konsert. Dia nyanyi special untuk aku. Seronok masa tu. Baba pandai main gitar. Walau tak ingat lagu apa yang dia nyanyi, tapi aku masih 'rasa' hebatnya suasana.

Tak lama kemudian, Baba sakit tenat. Ambulans datang rumah. Walaupun blur, aku dengan abang nangis nak ikut pergi hospital tapi kita orang berdua tak dibenarkan.

So, Baba dimasukkan ke dalam wad. Mak bawak kita orang berdua pergi hospital. Tak sabar ni nak tengok keadaan Baba. Okay ke dia? Sakit apa? Tapi, aku kecewa. Aku masih ingat lagi nurse cakap budak-budak kecik tak boleh masuk wad. Perghh!

Akhirnya, aku dengan abang aku kena tunggu kat luar hospital. Kecewa. Nak tahu sangat keadaan Baba. Nak tengok muka dia yang sentiasa tersenyum tu. Rezeki tuhan, tempat yang aku berdiri tu memang berdepan dengan tingkap wad baba. Dan, aku nampak Baba!

Aku jerit-jerit panggil Baba. Semangat. Jeritan suara budak 4 tahun. Halus tapi nyaring. Jeritan tu kuat dan bersemangat bagi aku, tapi mungkin menyayat hati bagi orang-orang yang berada disekitar. Dua budak kecik yang tidak dibenarkan melawat bapanya sedang menjerit-jerit; minta bapanya menoleh ke arah mereka.

"BABA! TENGOK SINI! ADIK KAT SINI!"

Malangnya, tingkap wad tertutup. Baba tak dengar! Tapi, aku tetap juga jerit panggil baba. Magik berlaku (mungkin), Baba toleh ke luar tingkap. Ya Allah seronoknya perasaan time tu! Baba toleh akhirnya! Dia tekejut tengok kitorang kat luar. Nampak dia nak bangun tapi tak boleh. Dia baring semula kemudian senyum kat kami. Nampak jugak sebaris gigi dengan senyuman hensem baba die dari jauh. Dia melambai-lambai kat kami berdua. Kami pun lambai balik. Aku rasa akulah orang yang paling semangat lambai balik. Lambai sampai terlompat-lompat. Ingat baba dah sihat. Suka betul aku masa tu.

Tiba-tiba sorang nurse datang lepas tu terus tarik langsir untuk tutup! Eh, jangan! Jangan tutup! Ya Allah. Dahlah tak boleh masuk wad, melambai dari luar pun tak boleh. Apa ni? Apa?

Sepanjang langsir tu ditarik ke tepi, aku dengan abang aku cekal melambai baba. Baba pun sama. Kami berbalas lambaian sehinggalah tertutup habis langsir itu.

"Baba..."

Rupa-rupanya itulah lambaian terakhir Baba. Rupa-rupanya itulah senyuman terakhir Baba. Subhanallah. Baba dah pergi. Aku menangis walau tidak tahu kenapa. Terlalu kecil untuk memahami. Cuma aku dapat rasa kehilangan besar. Sangat besar. Innalillahi wa innailaihi roojiuun..

Sampai sekarang, aku tak boleh lupa senyuman dan lambaian baba, yang terakhir kalinya. Aku tak akan lupakan sebab itulah satu-satunya kenangan yang Baba tinggalkan.


"Mak letak kepala Baba atas peha. Tiba-tiba mak rasa satu sentapan. Nyawa terpisah dari jasad. Baba dah tak ada..."

2 comments:

  1. sedeh..semoga baba ditempatkan di tempat org2 yg beriman..jgn lupa selalulah kirim bekalan pada baba..^^..

    ReplyDelete
  2. sedihnya imam...aku simpati dgn kau....

    ReplyDelete