Assalamualaikum semua. Anda semua sihat? Sihatlah kalian hendaknya. :DD
Wokey, hari ni saya nak berkongsi tentang nama panggilan saya dari kecik sampailah sekarang ni. Banyak jugakla. Ala, korang mesti lagi banyak kan? Tahniah la, tibe2 je nak tahniah,hahaha.
Hmm, nama penuh saya Muhammad Azri bin Misti. Haaa, ni nama saya yang sebenar. Tapi entah macam mane, nama yg membawa erti Kekuatanku ini boleh bertukar menjadi bermacam-macam jenis nama. Mungkin ini semua takdir? Atau, hanya ilusi puisi cinta? Haha, okey nak ke laut la tu =..=”
![]() |
okey, takde kena mengena ^^ |
Gila lame saya nak start cerita yang sebenanye kan? Haha. Sabar2. Okeh, bermula dari saye baby lagi, orang panggil Adik. Haa, bajek budak kecik la tuh. Teehee. Sungguhpun begitu, panggilan adik tidak menepati citarasa sewaktu babyku. Disebabkan kegemaran diwaktu itu ialah berkaroake (menangis), jadi semua ahli keluarga sudah bersetuju menambah nama “Lan” selepas perkataan adik. Pelik kan? Camner daripada “Azri” boleh dapat nama “Lan” pulak? Dengan rasminya walaupun tanpa persetujuan saya, namaku bertukar menjadi Adik Lan.
![]() |
~rozanaa, kau gadis idamanku~ Simon, saudara baru. haha. |
Naik sekolah rendah, masa darjah satu sampai darjah dua, takde pon nama panggilan. Kawan2 semua panggil Azri je. Dia yang kembali bertaut(wow, ayat!) bila bertukar sekolah. Huh, terus dipanggilnya aku Black. Ni mase gua darjah 4. Nama gua black taw! Hehe, terus nak gangster :P . Diri ini digelar sedemikian kerana diri ini sungguh hitam pada waktu itu. Tapi,tapi, tapi!!! takdelah sampai ade orang Uganda mahupon keluarga Akon datang berbual bahasa ibundanya dengan saya. Cume hitam manis je.
![]() | ||
"jiran aku kate, aku hitam manis. kau ade??" |
Disebabkan cikgu saya org jawa, maka saya turut digelar “ireng”. Bocah2~~. mana taknye, balek sekolah agama je terus berkubang,
![]() |
"inilah buku munakahat saya. iye, tak tipu." |
~bermain melompat sini sana, scott emulsion membantu saya~.
Eh, menyanyi pulak kau!
Tapi, ni betul taw. Mmg kene paksa makan scott emulsion dulu. Huhu. Tu yang sekarang kulit “bersih” tu,haha. Makan scott emulsion time kecik, da besar baru nampak kesannye. Nampak sgt tipu kan? Ok bye.
![]() |
"Dulu, saya benci tgk wajah saya. tapi, lepas gunaka Almas, wajah saya jadi bersih semulajadi. terima kasih Almas. muah3" |
Darjah 6 pulak, saya dipanggil Rio. Haa, cikgu yang sama jugak bagi nama ni. Mmg setiap tahun nak tukar nama aku kan? Tapi, saya syg cikgu ni ^^. Bukan Rio Ferdinand, Rio Febrian, Rio de Janeiro mahupun cite kartun burung kaler biru yang bertajuk Rio tu. Tapi, dia tambah “O” kat nama saya. Jadinye, Azrio. Nama Rio pon best jugak sebenarnye, cume tak dikormesialkan.
Naik sekolah menengah, saya menjadi seorang budak yang pendiam. Ecececeh. Eh, ini betol. Tak tipu. Sehinggakan mendapat gelaran budak baik. Ha a, mmg BAIK sgt la kan. Form 1 sampai la Form 3, saya menjadi seorang pengawas yang sangat berkaliber. Menyelesaikan kes2 misteri, tak pernah ponteng skolah, kerja rumah selalu siap, dan sentiasa mendapat nombor 1 dlm setiap peperiksaan. Korg caye x? tak kan? Sebab ni semua kontra. Saya yg sebaliknya =..= .
![]() |
"saya menang motor. trima kasih pawa rut" |
Masa form 4, saya digelar THE ROCK ! Yeah. The Rock is cooking ayam masak merah. Panggilan ini bersempena dgn “sigh burn” yang panjang lagi tajam. Sedangkan batu diasah lagikan tajam, ini kan pula sigh burn =DD . Ye, itu trademarknye. Walaupon pegi sekolah pakai songkok, dpt jugak gelaran ini.
![]() |
beliau dan tali pinggang Pak Leman. p/s; org dulu2 kan tali pinggang die besar2. hehe. Jawo! |
Bila naik Form 5, guru kelas saya menggelarkan saya “sayang”. Aduhainye pun =.=! tapi itu semua gurauan semata. Walaupun gurauan, ia bertahan dari awal form 5 sampai la abes paper SPM. Huh, ape kejodohnye semua ini? Saya juga dipanggil abg besar atau pon abg body. Mane dorang dapat idea nak panggil nama tu pon saya tak tahu. Tapi xpe, saya tak kesah org nak panggil ape pon. Yang penting saya dpt menerimanya,hehe. Yg sedap2 kau terimala kan azri? Haha, biala!
Disebabkan result saya setaraf dengan Amalina yg dapat 17 A1 tu, saya ditawarkan belajar di tingkatan 6 kat sekolah sebelah. Maklumlah, result teramat “gempak” sampaikan tingkatan 6 pon panggil =..=’’.
Tingkatan 6 merupakan waktu enjoy untuk belajar. Sesuke2 hati. Yela, paling senior kat sekolah kan? hehehe. Masa form 6 ni, saya kembali digelar The Rock atas alasan yg sama. Saya juga digelar cikgu2 Si Rambut Terpacak. Mase lower 6 tak kenal an, tu yg main sebut ikut fizikal je.
Bila da upper, barula cikgu kenal. Kawan2 ade yang panggil Batu Bersurat (sebab ade org tulis nama saya kat batu pastu letak bawah meja)
![]() |
lebih kurang laa, tapi dia lagi besar dari ni,hehe. |
Ada yg panggil Buaya (yg ni x bole blah, tapi okla tu, klaka). Kemudian mase upper 6 saya digelar KD oleh budak2 kelas. KD bukan Kriss Dayanti ye, maksudnya Kepala Desa sbb saya ketua kelas masa lower dan upper 6.
Okla, sampai di sini saje. Ade lagi nama lain tapi tak diluluskan Lembaga Perfileman Malaysia sebab terlalu ganas, seram dan menggugat ketamadunan penduduk Filipina. lagi 1, gambar2 tu bukan racist ae, tu sekadar gambar hiasan. hee. maaf ye. Okbai ^^ salam.
No comments:
Post a Comment