Sunday, December 29, 2013

Kerja Ohh Kerja


Kerja Oooh Kerja.

     Amat beruntunglah bagi mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang serba lengkap, mewah, dan cukup dengan segala-galanya. Senang cakap, celik-celik mata je dah pakai kasut baby jenama Jimmy Choo,minyak wangi Hugo Boss, dan laptop Alienware gituu! Tak risau pasal duit. Mak bapak selalu je hulur duit walau tak minta. Head to toe semua orang tua support. Lepas tu cerita kemewahan dia pada kawan-kawan yang menghuni strata bawahan seperti saya. “Untunglah”. Kaya gila. Douchebag!

Amin dan duit MAK BAPAKNYA!

      Makanya, eh terbahasa seberang pula, hahaha. Jadi, bagi mereka yang dilahirkan dalam kelas marhaen seperti aku, pastinya engkorang merasa betapa susahnya hidup ini. Kalau panas kat rumah, mana ada aircond. Alhamdulillah, nasib baik ada kipas berdiri tu, tapi kena angin kejap-kejap jelah sebab kena pusing, hee. Mandi pagi-pagi sejuk woo, sebab takda water heater.



     Dek kerana itulah saya sudah mula bekerja dalam usia yang sangat muda. Takdalah muda sangat like baru berusia 4 bulan dah pegang cangkul masuk kebun, ye dak? Dalam masa sekolah rendah dah mulalah nak cari duit poket sendiri. Kerja pertama yang ku lakuin ialah bantuin orang buat rumah. Haaa, napok? Tapi serius tak reti bancuh simen, plaster dan sebagainya. Cuma tolong angkat batu-bata je hulur kat abang-abang kerja kontrak. Masa sekolah rendah, dapat upah RM5.00 dah kira besar gila tu! Orang kaya wey! Hahaha!
Bila naik sekolah menengah, cikgu mengajak daku untuk datang ke rumahnya. Usha-usha jugak kalau ada cinggey tapi semuanya dah bekerja. Maklumlah, masa tu saya ni budak belasan tahun lagi. Baru Form 2 somethinglah. Cikgu mengupah aku bersihkan laman rumah beliau. Okaylah kan? Sapu-sapu rumput yang lepas dipotong mesin. Kerja mudah. Lumayan jugaklah dapat. Kadang RM30, kadang RM50. Tak tentu jugak. Tak kisah pun. Sekurang-kurangnya saya tak mintak duit mak untuk belanja duit kocek sekolah. Baba dah tak ada, kan? :D

     Selepas Yespiyemm (SPM), maka saya pun mula menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang professional, apalagi kalau bukan operator kilang! Haaaah! Engkorang mesti pernah kerja kilang jugak kan? Dua kilang jugak pergi; Flextronics Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan subcon Shimano (Pekan Nanas). Kerja penat woo berdiri 12 jam! Kat Flextronics tu jadi M.H. Saya pun tak tahu akronim M.H tu maksudnya apa tapi kerjanya kena angkat kotak untuk top-up material kepada operator bagi menjalankan kerja mereka. Kerja dengar macam mudah tapi berpeluh den. Takyah pergi gym dah ada muscle dah. Berat kot kotak-kotak tu. Kat Shimano tu pulak jadi operator. Tak tahanlah kerja situ. Kanan, kiri, depan, belakang semuanya bangla. Bauan syurgawi menerobos jauh ke dalam lubang hidung ini. Hurmmm! -_-

"Abdul, kasi tukarlah channel Tv1"

     Sebulan sebelum melanjutkan pelajaran ke Oxford Pontian (Form 6), saya bekerja menjadi pengawal keselamatan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor. Pengawal keselamatan. Hmm! Selamat sangat time aku jaga tu, bhahaha. Di sinilah saya kenal seorang gadis yang bernama Puteh. Dia kerja di restoren sebelah bangunan KWSP. Setiap hari dia tunggu saya datang semata-mata nak cedokkan nasi je. Pastu kitaorang kena bahan dengan pekerja-pekerja restoren tu. Pendek kata, panjang diam saja, hiks!

Hari ke berapa entah dah kena kacau dengan hantu. Ni yang nak habaq mai cerita seramshit! Masa tu shift malam, so lepas check pejabat-pejabat di setiap tingkat, maka haruslah saya turun ke bawah. Tingkat 4 takdak department, so skip tingkat ni. Time skip dari tingkat 5 ke tingkat 3, sesuatu yang aneh terjadi. Nombor lift tu tunjuk nombor 3 dah, bila bukak je hambik kau! Gelap gila! Bila tengok balik atas, rupa-rupanya tingkat 4! Hai, awak nak bergurau? Jadi, tekanlah balik nombor 3. Anak panah tunjuk turun dah ke tingkat 3. Legaaaa! Bila bukak je lift, hmmmmm, gelap lagi! Masih di tingkat yang sama, tingkat 4! Lepas tu jengah-jengah jugak ke luar. Mana tahu ada akak mengandung tak syampoo rambut kan? Tak pun ada gula-gula warna putih bergolek atas lantai, kan? Tapi, keadaannya sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi angin menderu-deru mengkibarkan kain yang entah dari mana datangnya. Taknak buang masa, terus je saya tekan tingkat 1. Settle! Sebenarnya panjang cerita kat KWSP ni, tapi mungkin akan masuk entry lain. Akanku buat engkorang menangis baca entry khas tu nanti.

Terbakar kerana sangkakan waktu malam.

Habis je studi kat Oxford Pontian, saya pun bekerjalah sebagai seorang kerani merangkap warden di PKAYI. Bukan mudah kerja ni. Agak mencabar jugak tapi seronok. Seronoknya jadi kerani ni bila bos ajak berbincang kalau ada sesuatu event. Idea dikreditkan, maka seronoklah macam tu, kan? Kena buat audit; kredit dan debit kewangan. Seronoknya jadi seorang warden pula bila kita lalu je semua budak-budak senyap. Garang tak? Ada yang buat-buat baca buku, ada yang konon-konon berbincang, dan ada juga mata ke atas seperti sedang berfikir jauh, hahaha. Nampak tak permainan dia?

Farhan, menangis takut kerana kantoi koyakkan buku  matematik kawan.


Kemudian, masuklah daku ke UITM. UITM, USAHA TAKWA MULIAAAA. Tu dia lirik akhir lagu UITM. UITM Dihatiku, cewahh! Saya tak risau masuk university sebab PTPTN kan hado! Cukup sangat duit PTPTN sampaikan kena kerja part-time. Biasalah, student kan? Tolak yuran, buku, sewa rumah, bil-bil air, elektrik, TMnet, tinggallah cuma beberapa sen untuk makan selama 6 bulan (satu sem).

Oleh hal yang demikian, kerjalah saya part-time di Avillion Hotel. Jadi banquet crew. Penat toksah cakaplah. Gila tak penat. Biasanya orang cina buat wedding event di hotel tu. Nak melayan dia orang minum air kencing syaitan ni yang malas. Mabuk kan? Aku menyampah betul tengok! Macam nak hempas ke dinding je muka semua orang yang mabuk tu. Ada jugak orang melayu ISLAM yang minum. Dah tua pulak tu, hurmmm. Well, dua kali je rasanya pergi situ. Kemudian, kerja kat hotel Holiday Inn pulak. Kali ni bukan lagi banquet, tapi bahagian dapur. Taubatlah kerja banquet tu. Dapur ni kerja yang mudah, cuma masukkan pinggan mangkuk dan cawan dalam mesin basuh, kemudian jirus-jirus air sampai bersih. Bukan mesin basuh baju tau! Engkorang jangan nak over thinking, hahaha. Dia ada mesin yang khas untuk basuh pinggan mangkuk ni.

Salah seorang lelaki mabuk yang dibelasah.


Sambil-sambil tu saya join juga aktiviti perniagaan di university ni. Banyak! Bawah YesClub (Promotekan ni, sila bayar!) ada Yesmart, join MASMED, bukak booth makanan dan macam-macam lagilah. Saya juga sertai program FAMA, jadi marketer exec la konon-konon selama sebulan kat SME kampung sendiri, Zalinah Enteprise. Best bila semua aktiviti yang dirancang berjaya dan barang semua habis terjual!

Macam resume kan? Mesti korang menyampah kan? Samalah kita . Nak cakap saya banyak pengalaman tu tak juga sebab ada lagi yang lebih banyak. Nak cakap saya susah tu ada lagi yang lebih susah. I tell you what, pengalaman yang ada ni bila disebatikan pula dengan ilmu perniagaan yang dituntut masa ambil degree dulu hasilnya memang priceless! Agak marah juga tengok company2 yang tak ambil fresh grads bekerja dengan dia orang.

Dear interviewers,
Maybe we don’t have many experiences as yours, but we have a lot of knowledge. So please, don’t underrated us! Don’t you ever dare underestimate the power of common people!



Marah nampak? Lain masa nak cerita pulak pasal pengalaman interviews yang dah pergi kat korang. Kepada mereka yang dah grad dan masih mencari kerja, teruskan usaha anda. Interviewer tu bukan hebat mana pun, haha. Kadang soalan dia entah apa-apa je. Bila soal balik, jawapan diaorang kelaut jugak. Kepada yang dah dapat kerja, tahniah! Bosan dah? Hmm, bosan bekerja tu tetap ada di dalam hati para pekerja di seluruh dunia. Ada peluang lebih baik kita lompatlah, kan? Untung-untung boleh buka company sendiri, Aamiin. Hoccay, wasalam.

No comments:

Post a Comment