Salam. Hmm.. Tiba2 je
malam ni rasa sedih. Tetiba teringat kat arwah Baba. Aku panggil bapak aku Baba.
Ada orang pelik dengan panggilan tu. Pelik ke?
02.04.2011 ni
genaplah umur aku 21 tahun. Maknanya, dah lebih kurang 17 tahun dah baba pegi.
4 tahun je dapat hidup dengan baba. Ya, 4 tahun. Apa sangatlah yang aku dapat
ingat time umur macam tu ye dak?
Sampai sekarang kalau pergi taman permainan, bila tengok budak2 kecik main
dengan abah dorang, rase jeles sangat. Sumpah jeles! Untungnya. Main buai, abah
tolak tinggi-tinggi dan stop tolak bila anak dia jerit takut. Pegang tali buai,
dukung anak tenangkan dia. Wow. Macam nak pecah dada tahan cemburu. Untungnya
dia ada seorang abah.
Kalau
lepak dengan mak time dia lipat kain, mesti mak akan flashback cerita
dulu-dulu. Mak cakap,
"Dulu
kalau jalan-jalan, Baba mesti letak kau kat atas bahu dia. Bangga betul dia
dukung kau macam tu. Hero Baba katanya."
Tergelak aku dengar. Betul
ke? Tapi.... kenapa aku tak ingat? Kenapa?! Aku nak memori tu boleh tak?
Maafkan aku tuhan jika melampau dengan permintaan ini, tapi sebagai manusia
biasa, aku kalah dengan emosi. Maafkan aku tuhan.
Aku memang manja gila
dengan baba. Mak cakap, kalau balik kerja, orang pertama yang Baba cari mesti aku.
Kata maklah. Baba suka bermain-main dengan aku. Mungkin sebab rambut aku
kerinting pastu jalan terkedek-kedek kot. Entahlah. Mana aku ingat. Aku tak ada
memori tu. Subhanallah.
Aku nak jugak panggil
"Baba". Aku nak jugak tunjuk kat kawan2 yang aku ada seorang abah. Aku
nak jugak Baba datang Hari Terbuka sekolah. Aku nak jugak tanya Baba macam mana
nak mengayat awek. Hal-hal lelaki. Aku nak jugak bercerita macam-macam sambil
urut badan Baba.
Tapi...
Aku tak boleh. Tak
boleh sebab aku tak ada. Memang tak ada. Baba dah tak ada. Allahu.
Astaghfirullah. Allahu. Sekali lagi, maafkan aku tuhan.
Tahu hari apa yang
paling perit? Tahu laungan apa yang paling merobek jiwa? Tahu lenggok takbir
mana paling buat bibir menggigil tahan air mata untuk dilafaz?
![]() |
Bila malam raya, laungan
bergema kat tv, aku akan terus masuk bilik. Kunci. Sesiapapun aku tak bagi
masuk. Aku duduk di sudut bilik. Tutup lampu. Perlahan-lahan aku ucap takbir.
Bibir menggigil. Mata memberat. Ya, aku menangis. Rindu. Rindu Baba. Allahu.
Pernah satu malam,
aku bermimpi. Suasananya lengang. Putih berseri; lantai dan langit putih tanpa
dinding. Luas, seluas-luasnya. Udaranya nyaman. Fikiran sangat tenang. Bila aku
tengok depan, aku ternampak seorang lelaki sedang berdiri. Dia pandang aku
dengan senyuman. Aku tak kenal lelaki tu. Tapi naluri aku meronta. Kuat! Kuat
naluri menyatakan bahawa itulah Baba!
Aku jalan ke depan
dan terus peluk dia erat! Seerat-eratnya. Menangis semahunya. Rindu. Rinduu!
Peluk lagi. Aku tak nak lepaskan. Aku pandang wajahnya. Dia senyum saja. Bersih
rautnya. Aku peluk lagi. Itulah mimpi
paling real pernah aku alami. Terima kasih tuhan. Terima kasih.
Tiba-tiba, arwah
nenek aku mendekat, mintak aku lepaskan Baba. Aku taknak, tapi harus akur. Aku
lepaskan. Tapi, sebaik aku leraikan pelukan, aku terus terjaga dari mimpi.
Terkebil-kebil dengan tubir mata yang basah.
Dan, itulah last aku
mimpikan Baba.
Aku tak punya banyak
kenangan dengan Baba. Aku kecik sangat masa dia pergi. Minum pun susu formula
pesen sel-sel otak tak berhubung. Cuma beberapa scene je yang aku ingat.
Antaranya, ada satu malam, aku tinggal berdua je dengan dia. Aku pimpin dia
untuk duduk kat kerusi. Sebelah kerusi ada gitar. Sebaik duduk, dia capai gitar.
Aku duduk bersila kat bawah konon nak tengok konsert. Dia nyanyi special untuk
aku. Seronok masa tu. Baba pandai main gitar. Walau tak ingat lagu apa yang dia
nyanyi, tapi aku masih 'rasa' hebatnya suasana.
Tak lama kemudian,
Baba sakit tenat. Ambulans datang rumah. Walaupun blur, aku dengan abang nangis
nak ikut pergi hospital tapi kita orang berdua tak dibenarkan.
So, Baba dimasukkan
ke dalam wad. Mak bawak kita orang berdua pergi hospital. Tak sabar ni nak
tengok keadaan Baba. Okay ke dia? Sakit apa? Tapi, aku kecewa. Aku masih ingat
lagi nurse cakap budak-budak kecik tak boleh masuk wad. Perghh!
Akhirnya, aku dengan
abang aku kena tunggu kat luar hospital. Kecewa. Nak tahu sangat keadaan Baba.
Nak tengok muka dia yang sentiasa tersenyum tu. Rezeki tuhan, tempat yang aku
berdiri tu memang berdepan dengan tingkap wad baba. Dan, aku nampak Baba!
Aku jerit-jerit
panggil Baba. Semangat. Jeritan suara budak 4 tahun. Halus tapi nyaring.
Jeritan tu kuat dan bersemangat bagi aku, tapi mungkin menyayat hati bagi
orang-orang yang berada disekitar. Dua budak kecik yang tidak dibenarkan melawat
bapanya sedang menjerit-jerit; minta bapanya menoleh ke arah mereka.
"BABA!
TENGOK SINI! ADIK KAT SINI!"
Malangnya, tingkap
wad tertutup. Baba tak dengar! Tapi, aku tetap juga jerit panggil baba. Magik
berlaku (mungkin), Baba toleh ke luar tingkap. Ya Allah seronoknya perasaan
time tu! Baba toleh akhirnya! Dia tekejut tengok kitorang kat luar. Nampak dia
nak bangun tapi tak boleh. Dia baring semula kemudian senyum kat kami. Nampak jugak
sebaris gigi dengan senyuman hensem baba die dari jauh. Dia melambai-lambai kat
kami berdua. Kami pun lambai balik. Aku rasa akulah orang yang paling semangat
lambai balik. Lambai sampai terlompat-lompat. Ingat baba dah sihat. Suka betul
aku masa tu.
Tiba-tiba sorang
nurse datang lepas tu terus tarik langsir untuk tutup! Eh, jangan! Jangan
tutup! Ya Allah. Dahlah tak boleh masuk wad, melambai dari luar pun tak boleh.
Apa ni? Apa?
Sepanjang langsir tu
ditarik ke tepi, aku dengan abang aku cekal melambai baba. Baba pun sama. Kami
berbalas lambaian sehinggalah tertutup habis langsir itu.
"Baba..."
Rupa-rupanya
itulah lambaian terakhir Baba. Rupa-rupanya itulah senyuman terakhir Baba.
Subhanallah. Baba dah pergi. Aku menangis walau tidak tahu kenapa. Terlalu
kecil untuk memahami. Cuma aku dapat rasa kehilangan besar. Sangat besar. Innalillahi
wa innailaihi roojiuun..
Sampai sekarang, aku
tak boleh lupa senyuman dan lambaian baba, yang terakhir kalinya. Aku tak akan
lupakan sebab itulah satu-satunya kenangan yang Baba tinggalkan.
"Mak letak
kepala Baba atas peha. Tiba-tiba mak rasa satu sentapan. Nyawa terpisah dari
jasad. Baba dah tak ada..."