Sunday, December 29, 2013

Kerja Ohh Kerja


Kerja Oooh Kerja.

     Amat beruntunglah bagi mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang serba lengkap, mewah, dan cukup dengan segala-galanya. Senang cakap, celik-celik mata je dah pakai kasut baby jenama Jimmy Choo,minyak wangi Hugo Boss, dan laptop Alienware gituu! Tak risau pasal duit. Mak bapak selalu je hulur duit walau tak minta. Head to toe semua orang tua support. Lepas tu cerita kemewahan dia pada kawan-kawan yang menghuni strata bawahan seperti saya. “Untunglah”. Kaya gila. Douchebag!

Amin dan duit MAK BAPAKNYA!

      Makanya, eh terbahasa seberang pula, hahaha. Jadi, bagi mereka yang dilahirkan dalam kelas marhaen seperti aku, pastinya engkorang merasa betapa susahnya hidup ini. Kalau panas kat rumah, mana ada aircond. Alhamdulillah, nasib baik ada kipas berdiri tu, tapi kena angin kejap-kejap jelah sebab kena pusing, hee. Mandi pagi-pagi sejuk woo, sebab takda water heater.



     Dek kerana itulah saya sudah mula bekerja dalam usia yang sangat muda. Takdalah muda sangat like baru berusia 4 bulan dah pegang cangkul masuk kebun, ye dak? Dalam masa sekolah rendah dah mulalah nak cari duit poket sendiri. Kerja pertama yang ku lakuin ialah bantuin orang buat rumah. Haaa, napok? Tapi serius tak reti bancuh simen, plaster dan sebagainya. Cuma tolong angkat batu-bata je hulur kat abang-abang kerja kontrak. Masa sekolah rendah, dapat upah RM5.00 dah kira besar gila tu! Orang kaya wey! Hahaha!
Bila naik sekolah menengah, cikgu mengajak daku untuk datang ke rumahnya. Usha-usha jugak kalau ada cinggey tapi semuanya dah bekerja. Maklumlah, masa tu saya ni budak belasan tahun lagi. Baru Form 2 somethinglah. Cikgu mengupah aku bersihkan laman rumah beliau. Okaylah kan? Sapu-sapu rumput yang lepas dipotong mesin. Kerja mudah. Lumayan jugaklah dapat. Kadang RM30, kadang RM50. Tak tentu jugak. Tak kisah pun. Sekurang-kurangnya saya tak mintak duit mak untuk belanja duit kocek sekolah. Baba dah tak ada, kan? :D

     Selepas Yespiyemm (SPM), maka saya pun mula menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang professional, apalagi kalau bukan operator kilang! Haaaah! Engkorang mesti pernah kerja kilang jugak kan? Dua kilang jugak pergi; Flextronics Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan subcon Shimano (Pekan Nanas). Kerja penat woo berdiri 12 jam! Kat Flextronics tu jadi M.H. Saya pun tak tahu akronim M.H tu maksudnya apa tapi kerjanya kena angkat kotak untuk top-up material kepada operator bagi menjalankan kerja mereka. Kerja dengar macam mudah tapi berpeluh den. Takyah pergi gym dah ada muscle dah. Berat kot kotak-kotak tu. Kat Shimano tu pulak jadi operator. Tak tahanlah kerja situ. Kanan, kiri, depan, belakang semuanya bangla. Bauan syurgawi menerobos jauh ke dalam lubang hidung ini. Hurmmm! -_-

"Abdul, kasi tukarlah channel Tv1"

     Sebulan sebelum melanjutkan pelajaran ke Oxford Pontian (Form 6), saya bekerja menjadi pengawal keselamatan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor. Pengawal keselamatan. Hmm! Selamat sangat time aku jaga tu, bhahaha. Di sinilah saya kenal seorang gadis yang bernama Puteh. Dia kerja di restoren sebelah bangunan KWSP. Setiap hari dia tunggu saya datang semata-mata nak cedokkan nasi je. Pastu kitaorang kena bahan dengan pekerja-pekerja restoren tu. Pendek kata, panjang diam saja, hiks!

Hari ke berapa entah dah kena kacau dengan hantu. Ni yang nak habaq mai cerita seramshit! Masa tu shift malam, so lepas check pejabat-pejabat di setiap tingkat, maka haruslah saya turun ke bawah. Tingkat 4 takdak department, so skip tingkat ni. Time skip dari tingkat 5 ke tingkat 3, sesuatu yang aneh terjadi. Nombor lift tu tunjuk nombor 3 dah, bila bukak je hambik kau! Gelap gila! Bila tengok balik atas, rupa-rupanya tingkat 4! Hai, awak nak bergurau? Jadi, tekanlah balik nombor 3. Anak panah tunjuk turun dah ke tingkat 3. Legaaaa! Bila bukak je lift, hmmmmm, gelap lagi! Masih di tingkat yang sama, tingkat 4! Lepas tu jengah-jengah jugak ke luar. Mana tahu ada akak mengandung tak syampoo rambut kan? Tak pun ada gula-gula warna putih bergolek atas lantai, kan? Tapi, keadaannya sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi angin menderu-deru mengkibarkan kain yang entah dari mana datangnya. Taknak buang masa, terus je saya tekan tingkat 1. Settle! Sebenarnya panjang cerita kat KWSP ni, tapi mungkin akan masuk entry lain. Akanku buat engkorang menangis baca entry khas tu nanti.

Terbakar kerana sangkakan waktu malam.

Habis je studi kat Oxford Pontian, saya pun bekerjalah sebagai seorang kerani merangkap warden di PKAYI. Bukan mudah kerja ni. Agak mencabar jugak tapi seronok. Seronoknya jadi kerani ni bila bos ajak berbincang kalau ada sesuatu event. Idea dikreditkan, maka seronoklah macam tu, kan? Kena buat audit; kredit dan debit kewangan. Seronoknya jadi seorang warden pula bila kita lalu je semua budak-budak senyap. Garang tak? Ada yang buat-buat baca buku, ada yang konon-konon berbincang, dan ada juga mata ke atas seperti sedang berfikir jauh, hahaha. Nampak tak permainan dia?

Farhan, menangis takut kerana kantoi koyakkan buku  matematik kawan.


Kemudian, masuklah daku ke UITM. UITM, USAHA TAKWA MULIAAAA. Tu dia lirik akhir lagu UITM. UITM Dihatiku, cewahh! Saya tak risau masuk university sebab PTPTN kan hado! Cukup sangat duit PTPTN sampaikan kena kerja part-time. Biasalah, student kan? Tolak yuran, buku, sewa rumah, bil-bil air, elektrik, TMnet, tinggallah cuma beberapa sen untuk makan selama 6 bulan (satu sem).

Oleh hal yang demikian, kerjalah saya part-time di Avillion Hotel. Jadi banquet crew. Penat toksah cakaplah. Gila tak penat. Biasanya orang cina buat wedding event di hotel tu. Nak melayan dia orang minum air kencing syaitan ni yang malas. Mabuk kan? Aku menyampah betul tengok! Macam nak hempas ke dinding je muka semua orang yang mabuk tu. Ada jugak orang melayu ISLAM yang minum. Dah tua pulak tu, hurmmm. Well, dua kali je rasanya pergi situ. Kemudian, kerja kat hotel Holiday Inn pulak. Kali ni bukan lagi banquet, tapi bahagian dapur. Taubatlah kerja banquet tu. Dapur ni kerja yang mudah, cuma masukkan pinggan mangkuk dan cawan dalam mesin basuh, kemudian jirus-jirus air sampai bersih. Bukan mesin basuh baju tau! Engkorang jangan nak over thinking, hahaha. Dia ada mesin yang khas untuk basuh pinggan mangkuk ni.

Salah seorang lelaki mabuk yang dibelasah.


Sambil-sambil tu saya join juga aktiviti perniagaan di university ni. Banyak! Bawah YesClub (Promotekan ni, sila bayar!) ada Yesmart, join MASMED, bukak booth makanan dan macam-macam lagilah. Saya juga sertai program FAMA, jadi marketer exec la konon-konon selama sebulan kat SME kampung sendiri, Zalinah Enteprise. Best bila semua aktiviti yang dirancang berjaya dan barang semua habis terjual!

Macam resume kan? Mesti korang menyampah kan? Samalah kita . Nak cakap saya banyak pengalaman tu tak juga sebab ada lagi yang lebih banyak. Nak cakap saya susah tu ada lagi yang lebih susah. I tell you what, pengalaman yang ada ni bila disebatikan pula dengan ilmu perniagaan yang dituntut masa ambil degree dulu hasilnya memang priceless! Agak marah juga tengok company2 yang tak ambil fresh grads bekerja dengan dia orang.

Dear interviewers,
Maybe we don’t have many experiences as yours, but we have a lot of knowledge. So please, don’t underrated us! Don’t you ever dare underestimate the power of common people!



Marah nampak? Lain masa nak cerita pulak pasal pengalaman interviews yang dah pergi kat korang. Kepada mereka yang dah grad dan masih mencari kerja, teruskan usaha anda. Interviewer tu bukan hebat mana pun, haha. Kadang soalan dia entah apa-apa je. Bila soal balik, jawapan diaorang kelaut jugak. Kepada yang dah dapat kerja, tahniah! Bosan dah? Hmm, bosan bekerja tu tetap ada di dalam hati para pekerja di seluruh dunia. Ada peluang lebih baik kita lompatlah, kan? Untung-untung boleh buka company sendiri, Aamiin. Hoccay, wasalam.

Monday, December 23, 2013

Demam Denggi


Aedes Denggi.

Assalamualaikum. Hai semua orang!

     Engkorang pernah tak kena demam? Mestilah pernah kan. Tapi saya bukan nak story pasal demam biasa-biasa tu. Kita nak cerita pasal demam yang level dewa sikit, haaa. Hari tu saya kena demam denggi. Tak rasa kesian kan? Okay, . Time tu dah rasa tak lama dah. Serius sakit gila kena demam denggi tu. Kerana seekor nyamuk, rosak susu sebelanga.
Encik Nyamukuddin
Pada mulanya (skema), seminggu sebelum tu saya tak rasa apa-apa sebab masa tu tak kena gigit lagi. Hahaha. Okey, ni betul-betul. Tak tahulah bila kena love bite dengan natang kecik belang hitam putih tu. Tak tahu juga kena gigit dekat mana, maksud saya dekat rumah sendiri ke, rumah jiran, tempat kerja atau mana-manalah.


     Jadi masa dah kena gigit tu rasa pening yang teramat sangat. Kepala banyak pusing meh. Pastu kerjanya baring je sebab kalau berjalan rasa macam berterbangan di udara. Boleh gapai siling rumah lagi. “Seronok” sangat rasa pening. Metafora okay yang terbang-terbang tu. Lepas pening tu, saya rasa sejuk yang teramat sangat. I dah pakai baju lengan panjang, seluar panjang, sweater, dan berselubung dengan dua gebor (selimut) tapi masih menggigil kesejukan! Can you imagine that? Tak tipulah. Dia punya sejuk bagai melukut di tepi gantang (tiba2). Segala otot-otot rasa sengal dan sakit.

Azman (bukan nama sebenar)

     Anyway, the fever gone 2 days later. Saya rasa sejuk tapi emak dan doktor kata panas gila. Time tu tak tahu lagi kena denggi. Doktor tu pun entah apa-apa dia check kan. Gitu-gitu je check then bagi ubat pastu balik. On the way balik rumah, rasa pening tu datang semula. Hebat permainan dia! Hebat!
Malangnya, demam tu datang balik. Seingat saya, dalam 4 hari tu saya cuma makan 3 kali je. Perut rasa lapar tapi bila makanan dah masuk mulut tu rasa macam gigit besi dumbbell. Masam, masin laut, pahit maung kehidupan dan segala rasa yang tak sedap tersebar menyeluruh segenap deria rasa. Tak makan satu hal, muntah pun banyak hal.
Macam nilah rasa makanan semua.

     Kemuncak demam ni tiba bila malam menjelma. Saya rasa lapar yang teramat sangat. Bila hirup je sup ayam, dia punya rasa masin nauzubillah! Serius, rasa macam segenggam garam ditabur dalam sup tu padahal sup tu sedap je sebenarnya! Mak telefon nenek tanya nak buat apa. You know lah orang tua, my nenek suspek saya kena buatan orang, hahaha. Something like santaulah and whatsoever. Tapi time tu saya tak ketawalah. Gila kau?
"Terkejut bawah ketiak berbulu,"pekik Awie.

     Muka dah sangat pucat. Keliling mata dah hitam. Lepas makan segala ubat, saya tertidur akhirnya. Tapi, malam tu terjaga sebab muntah-muntah. Engkorang janganlah geli pulak ye baca ni, hikhok!
So, esoknya pergilah daku ke klinik kerajaan pulak. Hemmm, satu jam kemudian barulah tiba giliran saya padahal beza nombor menunggu tak sampai 10 orang pun. Doktor ada tiga. Kau fikirlah sendiri betapa efisyennya sistem mereka.

“Sakit apa ya awak?” tanya doktor perempuan itu.

Aku terbatuk kecil. Bukan buat-buat tau.

“Demam on off lah doctor. Tengok ni,” kataku sambil menunjukkan kedua-dua lenganku padanya.

Doktor tu berubah wajah. Mungkin dia terkejut tengok lengan aku ni sado sangat kot, ppfffttt! Hahaha. Tapi aku silap!

“Jeng, jeng jeng! Kena ambil darah awak. Kita nak check,”

“Kenapa doctor?”

“Ada bintik-bintik merah yang lain macam. Kena checklah. Nak pastikan dulu ya,” balas doktor sambil menayang jarum injection.

“Saya tinggal berapa hari lagi je doktor? Tolong jangan bagitahu keluarga saya,” pesanku.

Dialog aku yang last atas ni takda sebenarnya. Abaikan, hee. Jadi seorang atenden berbangsa india pun datang ambil darah. Berapa minit kemudian dah dapat dah result. Aku menunggu penuh redha.

“Maafkan saya. Saya dah lakukan yang terbaik encik Azri,” ucap sang doktor.
Dialog yang ni pun tak ada. Mohon jangan mengamuk semua, please? :P Sebenarnya doctor tu cakap ni haaa,

“Awak suspek denggi! Kena tahan kat wad hospital Pontian. Pallet darah tinggal 100 je ni.”
I was like, what???? Kena tahan kat wad? Aduhai.

Maka wujudlah satu idea yang kurasakan kacak di saat itu sehinggakan terdapat mentol lampu kuning bercahaya di atas kepala.

“Saya tak kena denggilah doctor. Nenek saya cakap, saya kena buatan orang je ni,” dalihku semata-mata tak nak masuk wad.

“Bius nak bius?” ugut doctor itu sambil menginject nurse berwajah innocent yang lalu dihadapannya dengan kejam.

“Okay,okay! Rilek doctor! Saya pergilah ni,” jawabku dalam ketakutan.

    Selepas nurse innocent tadi dikafankan, mereka berlaih pula menguruskan saya. So, lepas air dimasukkan melalui urat tangan kiri, saya terus dihantar ke hospital besar Pontian dengan menaiki van ambulance. Ingatkan kes kecemasan yang hidupkan lampu merah dan ada bunyi ‘Neng..nong..nengg..nong!’, rupanya driver tu bawa dengan perlahan. Heloo! Saya kena denggi ni okay? Kecemasan please!
Masuk wad je, terus saya berkawan dengan abang yang sedang selesa baring dalam kelambu berjaring. Lepas tu, datang M.A lelaki pasangkan kelambu juga di katil saya. Oh, tak selesanya! Panas gila! Berpeluh time tu.

“Nak sihat minumlah air ni,” pelawa brader tersebut.

“Air apa tu? Macam pelik je bang,” raguku dalam doa.

“Pucuk betik. Nah,”

     Saya pun minumlah. Mak aihhhh! Dia punya pahit kaw-kaw punya! Penyu betul brader ni! Dia gelak kuat-kuat tengok aku yang terseksa minum air tersebut. Lepas tu dia minum jugak. Selamba penyu je muka dia.
Abang penyu.

     Keesokan paginya, seorang doctor cina datang buat check up. Ada sorang nurse tu comel je senyum-senyum kat gua. Gua pun berasa malu lalu menutup muka menggunakan bantal. Ceh, terus gua ayat saya. Tapi memang comel pun. Bolehlah release tension di sana. Doktor tu pesan supaya minum air banyak-banyak. 3 liter sehari. Lagi banyak lagi cepat sihat. Tapi kan, masa subuh tu, ada seorang pak cik meninggal dunia kat wad saya duduk. Malam tu memang dia dah batuk-batuk teruk. Mulutnya tetap ucap kalimah Allah setiap kali dia batuk.

     Pada petangnya, saya mintak seorang nurse tengokkan tangan kiri saya yang masuk air ni. Saya cakap sakit sebab jarumnya terkena tulang. Dia pun dengan yakin cabut pastu nak cucuk kat tangan kanan pulak. Dia tepuk-tepuk tangan saya cari urat. Dah jumpa pastu dia cucuklah. Sakit woi!

“Sorry, jarumnya terkeluar daripada uratlah Azri,”

     Selamba lipas je muka dia tarik balik jarum tu keluar. Memancut darah saya dengan banyaknya! Habis tilam jadi warna merah. Dahlah darah memang kurang, boleh pulak dia pergi bazirkan. Cis!

Ingat saya ni tikus makmal ke sedap-sedap main cucuk tarik? Aduiii,”

     Sejak kejadian tu, terus tak nampak muka dia dalam wad ni. Mungkin dah kena pecat ke apa entah. Mungkin dia rasa bersalah sehingga menyebabkannya overdose teguk ubat batuk. Entahlah. Bagus jugak. Gaya dia macam nurse yang tengah praktikal. Suster ngengsot betul buat aku bahan uji kaji! -.-

     Esok paginya, datanglah doctor lain yang check. Saya pun buat-buatlah sihat perkasa. Dah tak sanggup dah duduk lama-lama dalam hospital ni. Makin sakit jadinya. Denggi memang tak ada ubat. Ubatnya minum air masak jelah. Buang kuman tu dari badan secara semula jadi.

Muhammad Azri?” tanyanya sebaik berada depan katilku.

Ryan Gosling lah doctor,”

Hilang gigi dimamah nyamuk aedes

Whatever. You ada pening-pening lagi tak? Masa datang, darah awak tinggal 100, lepas tu makin turun ke 70. Kalau jatuh lagi you akan kena kes denggi berdarah. But now, tak lagilah. Lagipun saya tengok darah awak pun dah naik,” ujar doctor cina berkepala botak itu.

Semalam tumpah darah saya doctor, tapi hari ni dah naik dah? Alhamdulillah,” jawabku dalam keadaan awkward.

Boleh tidurkah semalam?” soal doctor itu sambil memandang benci seorang pesakit bertubuh gempal sedang tidur berdengkur dengan kuat.

Zainab, dibenci doktor kerana tidur berdengkur.


Tak bolehlah doctor. Nak balik,” pintaku.

Tak boleh!” usik nurse comel semalam tu dengan senyuman manisnya.

Eh, melawan ni! Sibuk je. Anyway, saya rasa seronoklah sebab doctor memahami saya yang memang tak boleh tidur semalaman.”


You can discharge today. Saya bagi prescription ubat, nanti you pergilah farmasi hospital ambil ubat. Denggi tak perlu bayar kos wad. Percuma saja. Minumlah air banyak-banyak di rumah. Jangan minum 100 Plus, itu mitos saja. Air masak, jus buah-buahan, air kelapa you minum banyak. You akan recover dengan sendirinya eventually,” nasihat doctor itu kemudian berlalu pergi ke katil brader sebelah.

Nurse comel tu datang sebelah saya kemudian urut-urut lengan saya. Kenapakah kau berlaku sweet ni? Apa halnya? Bius nak bius? Nak ubat batuk?

     Lepas tu dia cabutlah semua jarum-jarum yang melekat di tangan. Sengal-sengal tangan kena masuk air. Serius rasa kebas. Lepas settle lap darah berlebihan, nurse tu masih nak urut-urut tangan saya. I pelik jugak sebab tengok patience lain dia tak buat macam ni pun. Brader penyu tu sengih-sengih kepenyuan akibat jealous pasal dia usha lama dah nurse ni.

“Kamu tak boleh balik lagi. You kena penyakit lain. You kena kencing tikus. Sorry,” ujar doctor botak itu kepada brader tersebut.

Lepas doctor tu pergi je, brader selaku jiran sekatil saya terus pergi toilet bawak sekotak rokok. Stress lah tu tak boleh keluar wad lagi plus dapat pulak berita penyakit lain. Hmmm. Masalahnya, yang suster ni pulak taknak blah dari katil saya ni kenapa pulak?

“Budak nakal!” bisik suster ngengsot dengan ketawa seramnya. Kemudian dia berlalu pergi mendapatkan doctor.
Nurse comel


“Oh okay, whatever. Tak kenal,” gumamku.

     Then saya pun discharge dan balik ke rumah. Petang tu jabatan kesihatan datang rumah buat fogging. Brace yourself my neighbourhood! Stress jiran-jiran tak pasal-pasal kena asap rumah diorang, hahaha!

     Seminggu kemudian, barulah saya baik sepenuhnya. Bintik-bintik merah pun dah hilang. Sup ketam saya balun, buah delima, air masak jangan cakaplah, air kelapa dan jus buah-buahan semua saya harus telan. Alhamdulillah, bebas denggi daku kini.

     Sebelum tamat, cek nak habaq mai lah kat ampa semua bahawasanya cek dah siapkan sebuah novel, kehkehkeh. Tiba-tiba je novel. Engkorang nak baca tak? Sekarang ni dah separuh jalan nak siapkan novel yang ke dua pulak. Haa, gila. Akhir kalam, buanglah air yang bertakung di sekeliling rumah, wasalam.