Sunday, November 18, 2012

Makanan Kegemaran

Assalamualaikum. Berhabuk dah blog ini. Okey, hari ni nak bercerita tentang makanan kegemaran pula. Well, sapa yang tak suka makan? Ada ke? Mohon diberi cahaya kehidupan kepadanya. hihi.

Oraito. Since trend sekarang healthy lifestyle, memang nampak semua makanan menggemukkan. But actually, kalau kita tahu nilai kalori makanan tu, tahu jumlah kalori in and out, ia tak akan menggemukkan kita punya. Percayalah. Sekali-sekala melantak tak jadi masalah.

Firstly, Mee Bandung. Lahaii, boleh pula ngada2 nak bercerita pasal makanan tika perut ini kosong. huhu. Mee Bandung memang feberet, tapi jarang2 sekali order kat kedai makan. Takut tak sedap dan rasa tak nak bayar je. 

Mee Bandung Muar


Secondly, laksa. Tak kesahla laksa Johor @ Penang, memang 'never say never'. HAHA. Enak dimakan bila dah dimasak. Gila apa makan begitu saje tak dimasak? Teehee.

Laksa Penang, tuu dia!


Next, Murtabak daging. Haaa, tak suka sangat murtabak ayam. Ececeh, padahal kalau ada depan mata kau ngap jugak! Hihi. Ada orang makan 'banjir', tapi saya tak suka banjir2 ni. Suka cicah2. Rasa macam dilahirkan semula perasaan waktu itu. Boleh begitu? Okey bye.

Murtabak


Sapa penah cuba makan burger bakar? Aduhainye pun meng ter ber, terliuq dah nii. Tang burger bakar ni, saya suka pula kepada daging ayam. Awesome! Sedap weh. Dagingnye besar, berempah, dengan sos, mayonis, cheese. Paling sedap penah rasa kat Melaka. BURGER BAKAR MALIM (BBM). That feeling when masuk ke mulut, emmm. Sedap ya ampun. Tapi, tutup pula gerai tu untuk 2 bulan. Haihh.


Burger Bakar


Kelima, satay laa. Well, semua penah makan satay, unless you pakai susuk. Nanti muka jadik buruk sebab langgar pantang. Tu syirik okey. Berdosa.  Makan satay kalau dah sedap sangat tu pun kena agak2. Jangan sampai makan lidi pula. High makan satay? Haha. Jangan lupa makan timun sekali.

Satay

Walaupun tajuknya makanan, saya still juga nak masukkan minuman. Ah, ketepikan tajuk. Takda cikgu yang nak tanda, muahaha. Okeh, Coconut shake. Air kelapa diblend dengan aiskrim vanilla. Boleh menggugat tekak mereka yg sedang berpuasa. Rasanya memang sedap giler dan mengenyangkan. Biasanya saya minum ni hujung2 minggu. Tapi, semester ni tak minum lagi. Bila nak pegi ni? Dah gian ni. HAHA. Jom terliur sama2. Nahh!


Coconut Shake

So, itu sajalah. Tak masukkan even satu pun pasal nasi. Diet la tu konon, katenye! HAHA. Maaf bagi mereka yang berpuasa tapi terbaca entry ni. Hihi. Salam.



Thursday, May 31, 2012

Keseronokan cite hindustan zaman kite


Assalamualaikum dan Salam Namaste. Hehe. Kiu mera bohot bohot Hindustani hey? Dil tu pagal hey?  Ohoi! Haha. 
 
Kenapa cakap Hindustan ni? Aha! Harini kita nak bercerita pasal filem Hindustan. Mujko,, kia hua heii~~ kal ho naa ho? Ohooii, kia karo? Mujse apna sapna Sabrina hei? Okeh2, sebelum saya terus merepek, mari kita bermula hey.. ceh, hey tak nak tinggal tu~haha

Apa yang mesti ada dalam filem Hindustan?  Mula2 sekali mestilah ada pelakon yang hot. Sape tak kenal Dato' Shah Rukh Khan? Aishwarya Rai? Salman Khan?  Amir Khan? Sume kenal khan (kan)?hehe.


Perkara yang perlu anda ketahui, filem Hindustan ni merupakan filem yang panjang. Biasanya satu filem tu durasi masanya ialah lebih daripada 2 jam. Correct me if I wrong. Ini kebiasaannya. Gila lama kan? Tapi yang peliknya golongan peminat terutamanya makcik2 tu boleh mengadap lama2 cerita tu. Teringat zaman bercinta masa muda2 kot? Malam pesta muda mudi,,haha. Tu kan zaman diorang. Mesti diorang menyesal masa muda2 dulu tak menari nari mcm cite Hindustan,hehe. Kidding.

Rashid (bukan nama sebenar) kemain comel gelak terkenang zaman silam

Sebut pasal menari, haaa. Hindustan apna kabhi jayege tum. Maksudnya, setiap filem mesti ada tari menari, wahaha. Sukahati aku je bagi maksud. Ok, memang ada menari. Dan kalau anda semua nak tahu, mereka ni berkebolehan seperti ninja. Yeah! Husky ninja. Why? Sebab, mereka boleh tukar2 baju dengan sekelip mata. Hebat kan? Dalam cerita tu, dia orang miskin. Start menyanyi pakai singlet je. Tapi tibe2 boleh pakai coat, sut, tuksedo..dolce pulak tu! Mak aih. Miskin gile kau kan. Ada jugak pakaian tak sesuai dengan tempat. Pakai sari kat tempat bersalji? Tu okey la pakai sari. yang lelaki tak berbaju kat salji tu ape kes? What the fish?? Kat situ kan “panas”,hehe. Lagi satu, yang heroinnya suka buang sari diorang. Berlambai mengikut angin. Bila terbang tu, memang dramatic laa. Huhu. Next~


Ala cakpong, cakpong! hihi


Selain dari itu, mereka tak suka menyanyi dan menari di satu tempat je. Well, kejap berjoget atas lori, pastu terkinja-kinja kat dataran merdeka. Tibe2 tergolek2 kat kaki gunung. Paling pelik ramai orang ikut menari sepanjang lebuh raya... Kompem. Dasar har dil jo pyaar karega betollah,haha. Apa ni? Apa ni? Kia matleb? Haha. Itulah hakikatnya.


Seterusnya, setiap filem mereka akan guna ayat ni. Bahasa orang puteh. “Shut up!”. Yeahhh. Haha. Inilah perkataan yang penulis skrip di sana gemari. Dun bilibit? Bilibit, memang itu cerita dia.
Shut up! Kite garang tau.  kite berus pipi awak guna rambut ni baru tahu.

Kebanyakan cerita mesti ada pelakon yang sorang ni. Dia konon2nya pak lawak lah dalam cerita tu. Ala, yang rambut dia kerinting2. Bukan Johan rajalawak ye. Kalau boleh semua filem dia nak ada. Tapi, dia takdelah kelakar mana pun. Mungkin kat sana dia pelawak kot. Encik google kate name die Johny Lever.

asal time lawak, camni jela muke kau. hahaha.
Filem hindustan ni tak lain takbukan mestilah pasal cinta. yeah. Starting dia lelaki yg annoying. Follow kat belakang perempuan dan tiba2 ramai yg follow. bila perempuan tu toleh, tersenyum terus la menyanyi. oh my! senangnye mengurat. huhuk. Perlu diingat ye, keluarga sebelah lelaki tidak merestui sbb diorang kaya. perempuan yg kene bagi dowry kan. 
Kalau i follow blakang you, then i dancing, will u marry me?

hik3, awak buat kite blushing la. mestila kite nak awak. haha :P

Jika anda perasan, cite hindustan era 90-an, masa SRK, Hitrik Roshan, Amir Khan muda-mudi dulu, heronya semua kuat belaka. Masing-masing dah macam hero THE AVENGERS, haha. Sorang je boleh pukul 2 lori gangster. Sekali tumbuk musuh terpelanting macam kena langgar keretapi beb. Pastu kalau dia pulak kena pukul, heh, dia punye tak rasa sakit tu terserlah. senyummm je. hihi. 
combi, senyum selepas dilempang ketua kampung.

Saya menaip ni berdasarkan filem yang saya tengok. Mungkin filem hindustan sekrang ni dah lain. Mungkin la sebab rasanya dah lama gila tak tengok. hehe. Sekadar bergurau je ye. Wasalam.

Friday, March 23, 2012

nama2 gelaran saya ^^. ini main gila !! haha.


Assalamualaikum semua. Anda semua sihat? Sihatlah kalian hendaknya. :DD

Wokey, hari ni saya nak berkongsi tentang nama panggilan saya dari  kecik sampailah sekarang ni. Banyak jugakla. Ala, korang mesti lagi banyak kan? Tahniah la, tibe2 je nak tahniah,hahaha.

Hmm, nama penuh saya Muhammad Azri bin Misti. Haaa, ni nama saya yang sebenar. Tapi entah macam mane, nama yg membawa erti Kekuatanku ini boleh bertukar menjadi bermacam-macam jenis nama. Mungkin ini semua takdir? Atau, hanya ilusi puisi cinta? Haha, okey nak ke laut la tu =..=”
okey, takde kena mengena ^^

Gila lame saya nak start cerita yang sebenanye kan? Haha. Sabar2. Okeh, bermula dari saye baby lagi, orang panggil Adik. Haa, bajek budak kecik la tuh. Teehee. Sungguhpun begitu, panggilan adik tidak menepati citarasa sewaktu babyku. Disebabkan kegemaran diwaktu itu ialah berkaroake (menangis), jadi semua ahli keluarga sudah bersetuju menambah nama “Lan” selepas perkataan adik. Pelik kan? Camner daripada “Azri” boleh dapat nama “Lan” pulak? Dengan rasminya walaupun tanpa persetujuan saya, namaku bertukar menjadi Adik Lan.

~rozanaa, kau gadis idamanku~ Simon, saudara baru. haha.


Naik sekolah rendah, masa darjah satu sampai darjah dua, takde pon nama panggilan. Kawan2 semua panggil Azri je. Dia yang kembali bertaut(wow, ayat!) bila  bertukar sekolah. Huh, terus dipanggilnya aku Black.  Ni mase gua darjah 4. Nama gua black taw! Hehe, terus nak gangster :P . Diri ini digelar sedemikian kerana diri ini sungguh hitam pada waktu itu. Tapi,tapi, tapi!!! takdelah sampai ade orang Uganda mahupon keluarga Akon datang berbual bahasa ibundanya dengan saya. Cume hitam manis je. 

"jiran aku kate, aku hitam manis. kau ade??"


Disebabkan cikgu saya org jawa, maka saya turut digelar “ireng”. Bocah2~~. mana taknye, balek sekolah agama je terus berkubang, 

"inilah buku munakahat saya. iye, tak tipu."

 
~bermain melompat sini sana, scott emulsion membantu saya~. 


Eh, menyanyi pulak kau! 

Tapi, ni betul taw. Mmg kene paksa makan scott emulsion dulu. Huhu. Tu yang sekarang kulit “bersih” tu,haha. Makan scott emulsion time kecik, da besar baru nampak kesannye. Nampak sgt tipu kan? Ok bye.

"Dulu, saya benci tgk wajah saya. tapi, lepas gunaka Almas, wajah saya jadi bersih semulajadi. terima kasih Almas. muah3"

Darjah 6 pulak, saya dipanggil Rio. Haa, cikgu yang sama jugak bagi nama ni. Mmg setiap tahun nak tukar nama aku kan? Tapi, saya syg cikgu ni ^^. Bukan Rio Ferdinand, Rio Febrian, Rio de Janeiro mahupun cite kartun burung kaler biru yang bertajuk Rio tu. Tapi, dia tambah “O” kat nama saya. Jadinye, Azrio. Nama Rio pon best jugak sebenarnye, cume tak dikormesialkan.

Naik sekolah menengah, saya menjadi seorang budak yang pendiam. Ecececeh. Eh, ini betol. Tak tipu. Sehinggakan mendapat gelaran budak baik. Ha a, mmg BAIK sgt la kan. Form 1 sampai la Form 3, saya menjadi seorang pengawas yang sangat berkaliber.  Menyelesaikan kes2 misteri, tak pernah ponteng skolah, kerja rumah selalu siap, dan sentiasa mendapat nombor 1 dlm setiap peperiksaan. Korg caye x? tak kan? Sebab ni semua kontra. Saya yg sebaliknya =..= . 
"saya menang motor. trima kasih pawa rut"


Masa form 4, saya digelar THE ROCK ! Yeah. The Rock is cooking ayam masak merah. Panggilan ini bersempena dgn “sigh burn” yang panjang lagi tajam. Sedangkan batu diasah lagikan tajam, ini kan pula sigh burn =DD . Ye, itu trademarknye. Walaupon pegi sekolah pakai songkok, dpt jugak gelaran ini. 
beliau dan tali pinggang Pak Leman. p/s; org dulu2 kan tali pinggang die besar2. hehe. Jawo!



Bila naik Form 5, guru kelas saya menggelarkan saya “sayang”. Aduhainye pun =.=! tapi itu semua gurauan semata. Walaupun gurauan, ia bertahan dari awal form 5 sampai la abes paper SPM. Huh, ape kejodohnye semua ini? Saya juga dipanggil abg besar atau pon abg body. Mane dorang dapat idea nak panggil nama tu pon saya tak tahu. Tapi xpe, saya tak kesah org nak panggil ape pon. Yang penting saya dpt menerimanya,hehe. Yg sedap2 kau terimala kan azri? Haha, biala!

Disebabkan result saya setaraf dengan Amalina yg dapat 17 A1 tu, saya ditawarkan belajar di tingkatan 6 kat sekolah sebelah. Maklumlah, result teramat “gempak” sampaikan tingkatan 6 pon panggil =..=’’. 

Tingkatan 6 merupakan waktu enjoy untuk belajar. Sesuke2 hati. Yela, paling senior kat sekolah kan? hehehe. Masa form 6 ni, saya kembali digelar The Rock atas alasan yg sama. Saya juga digelar cikgu2 Si Rambut Terpacak. Mase lower 6 tak kenal an, tu yg main sebut ikut fizikal je. 

Bila da upper, barula cikgu kenal. Kawan2 ade yang panggil Batu Bersurat (sebab ade org tulis nama saya kat batu pastu letak bawah meja)
lebih kurang laa, tapi dia lagi besar dari ni,hehe.

 Ada yg panggil Buaya (yg ni x bole blah, tapi okla tu, klaka). Kemudian mase upper 6 saya digelar KD oleh budak2 kelas. KD bukan Kriss Dayanti ye, maksudnya Kepala Desa sbb saya ketua kelas masa lower dan upper 6. 

Okla, sampai di sini saje. Ade lagi nama lain tapi tak diluluskan Lembaga Perfileman Malaysia sebab terlalu ganas, seram dan menggugat ketamadunan penduduk Filipina. lagi 1, gambar2 tu bukan racist ae, tu sekadar gambar hiasan. hee. maaf ye. Okbai ^^ salam.

Wednesday, March 7, 2012

Imbas Kartun Dulu-Dulu

Assalamualaikum dan hai kepada semua. Sudah merindukan aku pun? Haha. Itu pasti aduhainye kan? hahaiii. Haa, asal cakap mcm cina bukit ni? Mesti korang rasa mcm nak kahakkan aku kan? Haha.
            Oraito! Kali ini saya nak berkongsi tentang kartun kegemaran saya ketika bersekolah rendah. Citer kartun best woo! Tapi sekarang je tak brape nak tengok. Ate.. teman rase macam segan gitu. =P
            So, kartun pebret gila masa kecik2  mestilah Dragon Ball. Dulu2 saya sebut degen bol. Tak tipu, mmg itu cite dia. Time skolah dulu masing2 mulalah buat2 gaduh pastu jerit “ka me ha me ha”. Ececeeeh! Konon ade kuasa keluar dari tangan la tu. rasa diri sgt hebat dan tak gentar hadapi musuh, whooaaa. Ele, korang mesti mcm tu jugak kan? Time ni masing2 sebok nak melukis gambar Goku. Apebende la bdk2 zmn tu. ceh, saya pun lukis gak. Siap ada yg sanggup bagi upah tu semata mata nak buat sampul file transparent die. Masyuuukk mase tu. Thx la Goku,haha. Pantang dengar perkataan “sebenarnya”, even cikgu yg sebut, mesti ada yang sambung “sebenarnya, dragon ball ade 7 bijik kesemuanya”.. Berdarah je hati cikgu mase tu.haha

            Kedua, saya suka tengok kartun Super Doll Lica. Korang tengok tak? Mungkin ade yg tak tengok, tapi saya tak pedulik! Haha. Citer die patung2 ni akan hidup menjadi manusia untuk melindungi mereka yang lemah, chewah ayat aku. Seiingat saya dia ada 3 patung. Dua perempuan dan satu lelaki.
            Next, Crush Gear. Pehhh! Cite ni mmg pentipu besar tapi best ar layan. Mane ada kerete yg ada kuasa bagai sampai keluar angin la, api la, burung garuda la. Tapi, saya tengok citer ni sampai beli kereta tu,huhu. Kau ade?? Pastu main kat dalam papan carom, konon2 gelanggang. Mase tu, masing2 nak letak kereta kat gelanggang ada gaya tersendiri beb. Ada yg pusing badan, hayun tangan, ada yang main letak xde perasaan dan ada yg balek rumah sebab takde kete ni. Peraturannya, sape xde kereta tak bole tengok. Gila jahat kan? Saje provoke. Nanti esoknya dia datang bawak kete baru beli.  Semangat kesukanan betul budak ni,hahaha. 
            Seangkatan dengan Crush Gear ialah Beyblade. Ni pun lagi satu pentipu besar. Ada ke gasing boleh runtuhkan gunung, batu, keringkan air tasik? Apekah? Gasing tu ada saka ke apa?haha. tapi, tu yang buat best tu. saya segan nak cakap, sebab saya beli jugak gasing ni,hahaha. Jadah kan? Memang main je keje kau dulu kan? Huhu. Korang tawu gelanggang die ape? Haa, ape lagi, kuali mak member ar,hahaha. Kat tepi gasing beyblade tu ade belerang tau. So, kalau berlaga dia akan percikkan api. Korang tahu apa jadik kat kami bila nampak api tu? Terus naik syeikh! punyelah jerit “serang, keluarlah naga sekarang!” haha. Wat the fish?? Tapi, itulah budak2. Best sehhh! Hehe.
            Haa, ni yg agak terfebret. Eh, ada ke perkataan terfebret? hehe. kartun Mojacko. Tengok tak? Ala, yang dia bulat2 kaler oren. Bukan Garfield taw. Pastu kawan dia robot. Dia ade adik beradik duduk kat rumah budak jepun tu. citer ni buat orang tergelak. Makanan feberet diorang kat cerita ni ubi bakar. Rasanye setiap episode ada je scene makan ubi ni. 
            Seterusnya, Sailor moon. Haha. Ala, cerita ni main sebelum cite deregen bol. Well, sementara dok menunggu tgk jela kan. Lame2 tgk terus nak tgk lagi. Tiba2 jadik feberet, x bole miss setiap minggu. Member2 dulu selalu lepak2 tido rumah saya. So, bangun pagi tgk kartun ni sama2. Haha. Die start riuh bila watak kartun tu transform jadik sailor moon. Diorang transform macam bogel, tapi tak pon sebenarnya. Kan? Korang tengok kan? Haha. Bising rumah tu dengar budak2 belum pecah suara ketawa. Maklumlah belum sunat lagi. Haha. “Dengan kuasa bulan, akan menghukummu!” ni trademark dia. ;DD
            Ni sape yg tak tengok dulu2 tak payah duduk Malaysia la. Semestinyalah Usop Sontorian. Haha. Kelakar dok citer ni. Masa sem 1 tgk cite ni kat utube dgn budak2 umah kat kolej. Mmg tergelak jela. Cerita ni masa umur saya 7 tahun gitu. Mungkin la. Lupe, lama sangat dah. Ayam si Usop ni bernama Selebet. Disebabkan kefemesan nama ayam tu, maka, siapa2 yg selekeh diantara kami akan digelar selebet. “Eee, selebet seh ingus meleleh!” haaa, camni la ayat die. Satu sekolah guna ayat tu.
            Superman, Batman dan cite2 hero Marvel mmg tgk laa. Pantang keluar tv, terus duduk kaku depan tv diamnya,haha. Nak2 dulu kartun seterit faiter. Haha, ejaan die yg betul, Street Fighters. Walaoweh. Gila febret ni tapi tak segila deregen bol laa. Tapi kesan dia pun sama, main gaduh2 pastu jerit2 macam hysteria “Abuugit!!”. Huhu. Nanti nganjing dia “eee, kite kan main lawan2 cite deregen bol. Asal abuugit pulak ni? Tak yah kawan dgn die. Jom2 pegi” hahaa. Gila nakal kan saya? Suka kenekan orang,huhu. Sekarang dah takde laa. Huh! Takde ke?! :PP
            Next, em, dia bukan kartun tau tapi perangai mcm kartun. Haa, Sesame Street. Ni pun ada budak2 yg konpius sebab kenapa dlm cerita ni takde Ryu dengan Ken, Sarjen Guile bagai semua tu. hello. Ni bukan street fighter la kawan. Aku tombok jugak budak2 konpius ni,hehe. Ini Sasame Street, takde gaduh2. Cerita ni ajar saya makan biskut sepah2, bercakap dengan binatang. Tu jela,hahaha. Mmg tak masuk ajar betul la! Padahal cerita tu ajar mengeja dan mengira. 
            Seangkatan dengannya of course la Barney and Friends. Gila tak tengok cite ni. Sampai hafal tu lagu dia. “I love u, u love me, we are hepi family, lalalalaa” okey, dah lupa. Ade ke T-Rex kaler purple? minum racun ke mandi air nila??haha. Haa, masa ni Selena Gomez jadik pelakon kanak2.
            Rasanya itulah kartun feberet. Ada lagi kot tapi lupa. Tapi yg tak mungkin jadik feberet ialah kartun Barbie. Pehh, sumpah menyampah kalau keluar kat tv3. Asyik2 cite tu je time cuti skolah sampai lah dah masuk u sekarang ni. Apekah?? Haha.
            So, sampai sini jela ye. Maaf jika mengguris hati dengan tulisan ini. Berkongsi pengalaman je. Wasalam ^^

Tuesday, March 6, 2012

Tanda-Tanda Anda Diserang Encik Angau

ANGAU OH ANGAU !! =DD

Bismillah dan Assalamualaikum semua.  Baca tajuk di atas. Faham? Pernah dengar perkataan ini? Mesti pernah kan. Setahu saya, perkataan ini dicipta oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Correct me if I wrong. 


             
          Bukan penciptanya yang kita nak bualkan, tetapi maksud disebaliknya. Angau ialah sejenis penyakit. Ia bukannya sejenis pandemic. Ia penyakit yang tidak berjangkit yang sudah sedia ada dalam diri setiap manusia. Kita akan diserang angau bila-bila masa je. Ini siriyez~ (MUKA KETAT).

            Jadi, bila masanya angau ini akan menyerang? Sedangkan bangau pun kena angau, inikan pula Ah Ngau apek jual tilam. Mesti korang pernah dengar kan suara dari lori camni haa,

            “Tilam, tilam. Wo pu she tilam. Beli tilam lama, tukar tilam baru. Tilam, tilam!” hehe. Camnilah lebih kurang bunyiknye. Tapi yang bahasa cina tu tak betol ye. Suke hati aku je,hahaha! Maaf. Tapi, bukan ini yang kita nak bualkan ya. =..=

            Angau terjadi bila kita jumpa seseorang yang kita admire abes. Sehabis minat sampai tahap dewa. Maknanya? Tangkap cintan la tu. Hihi. Anda mesti pernah kan? Saya pernah mengalaminya. Wow, ini sungguh gila.

                Bila si angau dah menyerang, mulalah terbayang si dia di mana-mana. Beli aiskrim nampak dia kat plastic aiskrim, beli kasut nampak muka dia kat tapak kasut , beli cendol kat kedai mamak pon nampak dia yang jual. ;D Semuanya nampak indah belaka. Kalau boleh nak bayangkan macam cerita korea dengan ada bunga sakura luruh bagai semua tu kan? Cehh, sweet la tu konon. Tapi..tapiiii, itulah hakikatnya. Ini baru symptom yang pertama.

Oh Mamak, I love cendol you~~hehe
Senyum sorang2, haa! Ni symptom yang kedua. Kalau ada kawan2 anda yang seperti ini, cubit pipi dia. Cakap, tak payah nak senyum sorang2 sgtla, kau ingat kau comel? Hahaha. Mana tak tersenyum, kalau dah terbayang semua perkara itu adalah si dia. Kadang2 tu sampai tergelak sorang2 secara drastic. Gilakah? Kenapa ini berlaku? Sebab kau dah angau.hehe.

Next, angau akan mula subur bila anda dah mula main sms dengan si dia. Kan? Tanda2 kuat dia anda akan baca msg yang dihantar oleh si dia berulang kali. Penyakit betul la. Nak hafal ke apa? Haha. Itulah angau. Ada yang terlebih angau ni tengok nama dia kat phone list pun sampai nak cium2 henpon tu. Apekah?! Hebatkah? Kenapakah?! Inilah yang berlaku sebenarnya. Angau akan menjadikan diri anda dilihat kelakar.

Bila dah cakap angau, maksudnya dah cinta tahap dewa, buat apa pon sanggup. Si dia mintak pape pon akan ditunaikan. Nak bagi si dia happy. KATENYE! Walaupon perkara itu agak membazir waktu, tenaga dan wang ringgit, ia tetap dianggap berbaloi sebab buat orang yang diangaukaan tu tersenyum bahagia. 

       Seterusnya, tidur pon mimpi si dia. Hohooii.tapi tu betullah. Mimpi tu dipengaruhi dengan perkara yang paling diingati terjadi sewaktu sedar. Hmm. Dah kalau asyik fikirkan si dia je, maunye tak bawak ke mimpi. Bestnya dalam mimpi ni, anda boleh ubah2 karektor. Mungkin waktu sedar muka berjerawat, tapi dalam mimpi, hambik! Bersih ya ampun! Haha. 

Itulah mimpi. Boleh pergi Paris sama-sama, kejap Chichago, tempat2 yang indahlah. Mimpi pergi ke Mekah tak nak pulak,,haaa. Tu dia. Bila nak tidur tu, mulalah cakap sorang2 dengan bantal pelok. Cium skali bantal pelok tu tak boleh blah. Kalaulah bantal tu hidup, tak muntah hijau bantal tu? Haha. Yang perempuan biasalah dengan bebear dia. Cute la tu peluk bebear? Hehe, cute! ;D Bertambah comel bila dia cakap sorg2 ngan bebear die tu. Comel! Eh, aku ni dah kenapa? Angaukah? Dush! Okbai >>> =..=’’
 
 Inilah bahaya penyakit angau. Bahaya yang bahagia. Rasa bahagia tanpa memerlukan dadah. Makan dadih pun boleh high kalau dah kena angau.teehee, kidding.
 
            Kepada mereka yang sedang dilamun angau, selamat menggilakan diri.  Maaf jika ada yang terguris dengan tulisan ini. Sekadar berkongsi pendapat. Wasalam =DD